Wednesday, December 28, 2011

rupanya dah setahun jagung dah umur blog ni

hari ni dah masuk hari kelima guwa bercuti kat negeri orang ni. sumpah bosan. nak keluar. duit takde. harihari la guwa terperap kat depan laptop ni layan game. nasib la ade wireless curik. kalo x. hampeh eden.

nak kata camno eh. tahun ni la first time cek sambut tahun baru kat tempat lain. betulbetul punya lain. sebelum tu izinkan cek cakap utagha yek untuk kali ni. bukan ape. saje nak memartabatkan bahase ibunda cek ni. heh!

semakin hari. semakin tu lah otak cek ni dah makin tua. matured kalo omputeh cakap. apeape yang cek wat. sume kene wat sendiri. tambahtambah lagi sejak cek dok tinggal kat apartment ni. cuci baju. masak nasik lak sume tu sendiri dah. takdenye mak cek nak tolong dah oi.

and by the way. dah lame dah cek tak merase hati gundah camni. tapi selalunye cek akan watwat hepi kalo depan orang lain. hmm. nak kata camno eh. cek kene kontrol sikit bahasa cek ni. sebab orang tue selalu kate. kerana mulut badan binasa. garagara mulut cek yang mintak kene cabai ni la. guwa ase tak sedap hati dah.

hmm. and untuk meramaikan lagi pata perkataan entri ni. cek nak ucapkan selamat ulang tahun kepada blog zarulayman.blogspot.com yang dah tua setahun dah ni. hehe. sanah helwah cek ucapkan.

and to orange. cek harap penantianmu takkan menjadi siasia. cek akan support ang punyer. sekian

Sunday, July 24, 2011

Inilah "Arti Sahabat" bagi ku. . . (Khas untuk kawan2 ku)

Sekarang ni aku nak muhasabah diri jap. Rase pilu di hati masih tak hilang lagi. 1, 2, 3, ok, tarik nafas panjang-panjang :

"AKU NAK BALIK!!"

Fuhh, puas gak akhirnya. =.="

bila aku teringatkan rumah halaman aku tu, aku teringatkan kat mak bapak aku, adik-beradik aku, kawan kawan aku, kucing aku, patung power renjers kaler hijau aku tu. Rindu pulak aku ngan dorang. Mase semalam tu, time aku tengah dok ralit carik lagu-lagu oldies kat youtube, hati aku tetibe jadik syahdu, pilu, sebak & rase macam nak nangis pun ade. Aku tetite teringatkan kawan kawan aku kat sane. Suma ni pasal lagu "Arti Sahabat".

Memang pun lagu ni dah jarang sangat dah keluar kat radio, tapi aku tak penah jemu dok tekan butang replay balik-balik. Because it just bring my good memories with my besties.

After Anugerah Pelajaq 2009, PMR

1 Nation 1 Vision, 2009

Kat kuala, 2011. Seminggu sebelum aku chow T.T

At MUIS, 2009

Lepas kelas BM, 2010. Nak SPM dah ni, ngeh3

Time amik RESULT! Muke hepi macam babun udaa. Kah3

Kat MUZIUM Sabah. Sumpah Lawak si Madir jadik Otomen.

Bile aku tengok gambar ni satu persatu, aku rasa seolah-olah macam baru je kelmarin kitorang bersama. Masih segar lagi kat ingatan aku ni. Sebab tu la, aku ni kekadang bangang sangat nak salahkan takdir.

"Kalau la aku bole undurkan balik masa..."

Tapi takpe, biar jasad terpisah & batin bersempadan (cewahhhh), asalkan kitorang ade matlamat masing-masing. Aku harap la impian aku ngan kengkawan ku tu masing-masing akan tercapai.

A notes to my friends:

Zimar aku doakan kau akan berjaya jadik doktor satu hari nanti.


Rasmin lak, semoga kau akan jadik toke restoran & dapat bertemu ngan cinta sejati ko. Ingat, pompuan tak pandang body ko ok, dorang tengok hati. Hehe!


Pizul? Harap ko jadik juara motorcross satu hari nanti, ngeh3.


Kembar? Harap korang ubah la perangai starring & mengautakan fakta korang tu, Haha!


Dzul lak, jagalah mulut anda tu agar kelak tak binasa badanmu itu. hoho!




"Poyo la zarul ni. Pasal kawan pun nak gitau satu dunia. Aku pun ade kawan la weh. Melambak lagi."

Eh, rilek. Jangan marah bha. Apa salahnya kalau satu kali post kita tu bagi topik yang lain dari yang lain kan? Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, 7 kali puji, 1 kali kutuk (langsung tak kene ngan situasi ni). And bagi aku, kawan ni lah yang banyak ajar aku cara nak survive kat dunia yang penuh ngan tipu daya ni taw. Kalau aku tengah frust ke, ape ke, dorang gak la yang selalu tumpangkan bahu dorang untuk aku bersandar (wtf? ayat gay??).

Ok lah, kang makin bosan lak korang kalau  aku cakap panjang-panjang pasal depa ni. Bukannya korang kenal pun kan. hehe. Apa2 pun meh kita layan dulu lagu yang aku baru pasang kat blog ni ok. Lirik kat bawah nuu.


Tak mudah untuk kita
Hadapi perbedaan yang berarti


Tak mudah untuk kita
Lewati rintangan silih berganti

[C/o]
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita
Sadari saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita
Pahami berbagi rasa di hati

[C/o]
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Kau adalah
Tempat ku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu


Sekian. =)

p/s: BFF!

Friday, July 22, 2011

Komputer?

Ok, kalau cakap pasal komputer je, memang macam2 kenangan nostalgia aku dengan mende alah ni taw. Kalo omputeh cakap :


Computer just brings my days a day.

Haha, ntah ape-ape je maksud dia tu. Kalau diikutkan, aku ni kira bertuah la sebab dilahirkan pada zaman IT yang agak medium cikit, tak macam sesetengah kazen aku yang agak awal keluaq ke dunia tu, keh3. Mane taknye, umur aku dah cecah 5 tahun je, dah keluaq dah citer koko power renjers feveret aku tuh. Kah3! Paling tak boleh belah bile aku nyanyi "KOKO PAWE JENJER".




KAH KAH KAH! Memang lucu bila ingat balek. Tak cukup dengan tu, aku ngan adik aku, kitorang panggil robot "Okojot". Haha! Buduh2. Tak abih ngan tu, Pencawang elektrik kat highway PLUS tu, masing2 dok tunjuk ngan jari sambil cakap

"Okojot ! Okojot!"



=.="
Sengal.


Orait, jauh benar topik aku ni menyimpang. Takda kaitan langsung dengan komputer.


*****


Ok, berbalik kepada komputer, terus terang lah, aku ni sejak dari umur 5 tahun lagi dah pegang komputer dah, dari model yang komputer 3-4 kilo tu punya zaman lagi. Bukan takat pegang2 je Ok? Siap pandai bukak, shut down, reset segala jadah tu lagi. Haha!





Sebonarnye orang yang bertanggungjawab atas semua ni *eksyen cikit dengan nada tak puas ati* ialah pak aku sendiri, dia yang mula2 ajar aku sume bende ni. Tapi takde lah dia ajar sampai tahap programming, coding segala tu. Nehhi! Paling2 pun dia ajar cara nak bukak game, cara shut down lepas pakai. Haa, tu la ayah yang prihatin kan??

Hehe!

Nak cakap pasal benefits yang aku dapat dalam komputer ni, boleh2 saing2 gak la dengan keburukan dia. Aku ni sebenarnya dah dicop oleh bapak aku "Perosak Komputer" sejak dari darjah 4 dulu lagi. Sume tu gara2 game punye pasal la. Tak pasal2 aku kene bantai ngan pak aku. Hahaha! Tapi tu salah aku sendiri laa, Sape suruh suke suki je reset lepas kalah men game. Haha! Yang tu time sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, lagi la aku macam bangang. Laptop bapak aku sampai pecah dia punya skrin oleh aku. Tapi yang tu aku kira kena dimaafkan laa. Sebab dia aku tak taw kenapa. Mungkin muka aku mengalahkan muka seposen?? :p


*****


Bila dah jadik Budak U? Haha! Aku masih lagi ade problem ngan laptop baru aku ni boss, haissh. Baru2 ni je pun windows laptop aku takleh bukak jo, skrin hitam je keluaq. Bila aku tanya member aku, boleh2 dia lugai2 cakap pasal bateri. Jadah apa?? Kalau beliauku tau yang laptop ni kondem. memang kena cuci telinga abis aku oleh bapak aku tu. Tapi Alhamdulillah la dengan berkat kebodohan aku meng-download bende free (Anti-Virus), problem tu dah settle. Tinggal PTPTN aku je tak masuk lagi ni  *Err, lain topig suda tu zack*


Budak2....


Then, bila dah masuk zaman moden cikit, sampai ade internet, Aku first2 skali game online yang aku main, game AdventureQuest, Dragonfable, Mechquest, ZeroOnline & macam2 lagi lah, memang penuh satu post ni dengan nama game. Ish, kalo pikir2 balik, takde banyak faedah sangat pun game yang aku main ni. Sume tu takde ke mane nye. Sampai kan game2 camni gak la penyebab aku jadik rabun. Celake tul.


Tapi sejujurnya lah, biarpun hidup aku mungkin tak sehebat brader2 di luar sana, yang ade game outdoors, sedangkan orang macam aku ni kalo main game pun dengan laptop je, tak keluar peluh, tapi at least, aku berani cakap, benda yang bernama KOMPUTER ni dah banyak ajar aku benda yang kadang2 cikgu sekolah aku sendiri tak ajar. Pendek citer, benda ni memang brings so much sweet memories for me. Ahaks~

Apakah benda2 aku belajar tu? Korang pikir laa sendiri~ :p :p

Sekian.


p/s: 
when human bond with programmable machinery is strong,
the world could be in abomination.
Think.


.

Wednesday, May 11, 2011

Susahnya nak jadik budak U nih~~-.-""

Skg ni, au tgh stress sngat2 doh...

mana taknya...

aku dpt offer upu kn...

mesti la amik kn?kalo x..melepas la aku nak jadik henjineer ni..hehehe...


apa2 pun...aku x lama g nak fly kat sarawak dah...hhuhu...miss sabah so much...heheh


nanti kalo ade mase aku citer g ehh..


p/s : malas uda maw font sana font sini...hati tgh tension...hukhuk!

Monday, April 11, 2011

.....

kadang2, aku karut dalam ati....knpa aku xleh dapat stret?
orang lain boleh pulak...



WARGGGH!! ROARRR!! CURSE YEWW!!




kitai! dunia ni memang tak adil...


p/s: aku dah draftkan suma post aku pasal spm, nuff said..hati tengah gila ni..

Tuesday, March 22, 2011

Jom!

Budak-budak yang "keluar" tahun 1993 & yang mengulang tu,

Bha jom ramai2 kita amek result.

Kalo aku dapat straight A+, aku kaC patah patah tue kerusi meja SMK Tansau! Wakakak!

XD

Friday, March 4, 2011

Frustrated.

Bila aku nak menulis dalam blog, time ni la mood aku selalu lari.

 Arr.

Terlalu banyak sangat misteri dalam hidup aku ni yang masih tak settle2 lagi. Dilema ngan perasaan kecewa sebab perkara dulu, adoi! Payah nak dijelaskan doh. Cukup lah aku cakap yang kehidupan aku ni masih berserabut dengan masalah dunia. Sebab tue la aku nie semakin lama semakin jarang nak update blog ni. Bukan takdak masa, tapi tu lah, banyak sangat bullshit yang aku kene selesaikan dalam dunia yang penuh dengan tipu daya ni. Tolong doakan supaya dipermudahkan segala urusan aku ni ok. And for the first time intro aku ni bernada serius.

(-.-")


*******************


Ditambah lagi dengan masalah gaji ni. Ingatkan bile keje dah senang, duit pun senang masyuk, rupa2nya bertambah pening lagi bila nak kira2 income nie, sebijik macam pengetua aku mula2 masuk kelas pastu meng-intro-kan subjek Prinsip Perakaunan yang memang tak beberapa nak kene ngan jiwa raga aku ni.

Dipendekkan cerita, bila dah masok hujung bulan, income dah tutup. So time untuk mengira berapa duit aku dapat. Memandangkan aku kerja ngan member aku, tumpang kereta dia, so kena bahagi2 lagi la. Mula2 tu bahagi due je, tapi sekarang ni dah tambah kepada tiga orang dah. Bertambah kurang laa gaji aku nie. Dah la duit minyak ngan reload pun kene tolak. Bayangkan la kalau sehari keluar dalam duploh hinggit, kalau sebulan?? Sapa dapat jawab?? Tolong!?!!!

Tak cukup dengan tu, gaji bulan 12 aku pun tak dilangsai2 lagi. Ni la yang susah bila bapak sendiri jadik bos, penindasan berlaku di mana2 je, termasuk lah di kedai makan, kedai reload, 7E, sinki dan pembentung DBKK.

Haiiissshhhh. Tu baru part kira gaji. Belum lagi part awek merengek nak mintak reload kat aku. keh3x 

Ndak bha. :-p


p/s : 12hb nie aku gaji. doakan la supaya aku dapat income secepat mungkin ehh. boleh kita susun table di KFC nanti. =)

Friday, February 11, 2011

Sejarah 20 Sen

Sebelum aku jadi cenggini, hidup aku cuma ada 1 matlamat je ; berkhayal ngan ilusi dan khayalan aku bersama mainan-mainan aku yang tak bernyawa. Aku tak pernah kenal erti kawan, sehingga aku darjah empat.

Mase tu aku sekolah agama kat kg.contoh, bagi sape2 yang dah familiar ngan sekolah ni, mesti korang kenal Mahasah kan. AKu juz kol dia masah je? Well, dia laa kawan baik aku yang permata dan juga satu-satunya kawan baik yang kira paling baik pernah aku kenal selama aku hidop kat bumi ni. Memang tak pernah makan kawan ni budak.





Kalau korang baca title post ni pun, memang ade kaitan pon dengan 20 sen doh. Ok, gini la citernye :




**********************************************************************************
Mase tu tengah rehat. Sume bebudak sekolah agama tu akan serbu segala jenis kedai yang open pada time tu, tak kire la kedai ghuncit ke, kedai tikam ke, suma ada. Aku kalau time rehat camni, aku memang suke beli ais yg dah diblender tu, yang siap berperisa epal lagi. Fuhhh, nyaman doh. Miss that moment so much! Bagi ex sekolah agama ni, mesti korang pun ingat kan? Ditambah lagi ngan membeli snek murah yang sangatlah tak bernutrisi tu, tak payah bawak beg pi sekolah pun dah kira cukup asalkan ade duit belanje.


Hiasan semata-mata



Masa dah abih rehat tu, kitorang sambung belajar balik. Subjek time tu pun aku dah tak beberape nak ingat dah, tapi masa petang2 gini aku memang dah liat sangat dah nak menulis, harap baring2 je la aku.

Tetibe datang laa mamat si masah nie, dia mintak aku temankan dia sekali pi tandas. So sebagai pelajar sekolah agama darjah 4 yang lurus bendoi, memang aku tak tolak punya kan??

Ditakdirkan laa, time kitorang turun tangga nak gi tandas tu, si Mahasah terjumpa sekeping 20 sen ni. Nilai 20 sen ni sangat mahal bagi kami, macam korang jumpe RM10 bos. Hahaha!

"Zarul, 20 sen laa!" Nada excited.

"Ya laa" Nada blur ngan imaginasi bebudak.

"Bha apa lagi, balik nanti kita beli aiskirm 20 sen kat kedai depan tu, pastu kita patah dua yaa?"

"Ok"


Abih je sekolah, around 5 petang tu, kitorang direct gi kedai tu, then beli la ais krim tu. Sangat lurus bendul!


**********************************************************************************



Alih2 tu, besok kitorang terjumpe lagi. Kali nie pada time yang agak sama gak, aku lak yang ajak dia gi tandas. Siap ada wish2 lagi kalau boleh terjumpa 20 sen. Punya la paloi.

Tapi apakan daya memang takdak lagi dah jumpe pun.


Since that day,

Kitorang dah jadik kamcing. Masa darjah 5, aku selalu gi rumah dia, main game starcraft. Aku still ingat lagi salah satu cheat game tu, showmethemoney. Hahaha!

Lagi satu, kitorang selalu berlumba2 kat area bukit Vor nek basikal, panjat bukit kat sebelah rumah dia. Time panjat2 tu gak laa, kitorang selalu imagine jadik power ranger ; panjat bukit macam berlari, padahal dah macam monyet dah sekor2. Hahaha!



Seriously I'm Damn miss this time so MUCH!

**********************************************************************************


Time tu gak laa, aku jumpe lagi ngan sorang member aku yang second kamcing ; rizuan. Dia ni botak2 cikit orangnya. Aku paling suka tengok kalau dia berceloteh ngan geng2 kitorang. Lawak giler.

"Ndak caya ndak sudah, balik kampung kau kena ludah"

"Orang makan nasi kau makan nyamuk, orang bercakap kau menyampuk"

"Suka hati suka badan, kau mati dalam jamban"

HAHAHA lawak giler aah mimik muke member aku time dia cakap contoh2 ayat kat atas tu, memang senyum lebar je aku time tulis post nie.



**********************************************************************************

Third in command ; Wan, kol dia wan cukup laa.

Yang ni pun member kamcing aku gak laa. Kalau citer power rangers baru on-air kat tv je, mesti aku ngan dy akan bergaduh nak pilih power rangers ke-6. Aku ingat lagi time citer Power Rangers Wild Force tengah meletup, berebut2 aku ngan dya nak pilih si LunarWolf tu.

Bodoh Giler laaa!! Wakakakak!


Terkenal gak kau ye wahai musang.



**********************************************************************************



Sekarang ni, sumanya dah tinggal kenangan dah, memasing dah lost contact. Biar pun aku ni ade fesbuk, tapi memang payah aku nak jumpe dorang dalam fesbuk tu.

Aku pun selalu gak menaip nama kawan-kawan aku tu kat searchbox kat fesbuk. Tapi selalunya memang takde keluar pun name atau gambar kawan2 aku tu.


rizuan tu dia dah berpindah ikut family dia pi Sarawak mase kitorang Form 1. Ingatkan boleh berjumpe lagi, pastu main tembak2 senapang kat tepi pantai.

masah pula, dia dah gi SMESH, ye la mase Upsr dia dapat 4A kn, so memang di situ la tempat yang baek untuk dia. Even kekadang aku rase aku macam ade 2-3 kali terserempak ngan dia, tapi dia macam dah kenal kat aku dah. Lagipun aku ade dengar2 yang dia ni dah tak macam dulu dah. Makin nakal. Adoi biase la laki2.

wan lak, dia pi teknik kalau tak silap aku. Last aku jumpe dia kat bus stop masa Form 1. Uhhh.



**********************************************************************************



Tujuan aku menulis post ni pun bukan sebab aku nak cakap yang dorang ni je laa kawan yang aku sanjung.

No No No. Nehi!

Aku cuma berharap yang kalau2 ada orang terbaca post ni, dorang boleh informkan aku ke, kat mana dorang budak bertiga ni.

Aku harap gak yang aku boleh jumpe dorang bertiga semula, pastu bersembang lama2 kat kedai mapley sambil pekene roti canai ngan milo ais.


Macam time kecik2 dulu pun kitorang selalu wat cmni kan fren? Err statement yang tu tipu.

Best Fren For-eva!!


**********************************************************************************

p.s: last but not least, aku akan cuba wat sebuah mesin masa buatan Malaysia pastu boleh flashback the good ol' times with them.InsyaAllah.

p.s.s : Yesterday brought the beginning, tomorrow brings the end, and somewhere in the middle we became the best of friends

TimeMachine : Realiti ataupun Fantasi?

Friday, February 4, 2011

kretif sangat ke aku ni??

Hari ni cuti. Ingatkan aku nak terperap je kat umah, memandangkan bukan selalu aku dapat cuti sejak tak sekolah ni. Bile dah tak skolah ni aku rase lagi sibuk daripada biase. Duh.

Masa aku tengah sibuk usha Oh!Tidak tu, aku terkesima untuk sebentar bila aku baca post yang pasal kekreatifan manusia yang terer gila sampai boleh membuat model motosikal menggunakan dua bijik lighter terpakai.
[link]

Orait!

Disebabkan rasa jelez yang melampau, aku pun buat keputusan untuk wat mende camtu, buatan aku sendiri. Homemade!

Ok.


**********************************************************************************


Tup-tap....


Prenng.....


Kriuk Krik....


Iklan...


**********************************************************************************





Akhirnya....

Tadaa! Siap dah akhirnya.




Ini lah hasil rekaan aku menggunakan dua bijik lighter terbuang. Good job!


Abaikan katil aku yang semak samun tu



Kemudian...


Aku tenung lama-lama kat bende ni....


Aku terjeda buat seketika.....




"Apesal la aku ni tungap sangat wat mende alah camni?"




Dem, wat malu kaum jantan je.







Aku pun sambung bermain permainan poker @ fesbuk.






*ape-ape pun, aku taknak buang bende tu. Baik buat hall of fame kat rumah aku je. I mean, Hall of SHAME!

Saturday, January 29, 2011

Suwey berkutar jadik ceria 2.

Citer ni aku sambung dari post yang lepas , kalau sesape x bace, boleh la tumpang dulu. [link]


Ulasan Mood - Tak boleh tido
Sebab - Rumah takde mende boleh dimasak
Sebarang idea? - Takda                                              


Kili, dah takda idea pon gatal lagi tangan ko nak post2. Tu la yang terjadik kalau dah takda nak wat apa2 especially mase takleh tidor.

So aku ingat aku nak wat post ni kira macam buku diari aku je la. Nak tulis sumer bende yang dah berlaku kat aku hari ni.


Musix please!





**********************************************************************************

Pagi.

First, Aku bangun pukol 10.00. Lewat sangat doh. Lagi satu, aku tak sempat semayang suboh, memang selalu begitu kalau hari sabtu ahad. Aku ni bukannya warak sesangat, amalan aku ni tak macam korang. :p
Mau tak mau, aku mandi secebok dua 10 minit gitu, then bersiap2 jap, baru la gi qada' suboh tadi.

Abih part tu, aku pi bukak fesbuk. Sebenar-benarnya aku memang dah tanam azam kat diri aku ni yang aku dah tak mau bukak fesbuk 24/7. Tutup buku. Tapi potpet gitu, aku bukak jugak.

Dem.

Bila aku dah baca satu artikel lokal2 mase aku tengah syok menggoogle semalam, aku syak memang aku laa salah satu pengidap penyakit yang boleh dikatakan agak serius, iaitu Facebook Addiction Disorder , atau bahase melayu dia, gila talak fesbuk.
[link]


Sambung balek.

Hari ni (29hb), bos aku merangkap bapak aku tu suruh aku gi keje gak, macam biase. Selalunye aku akan wat overtime cikit kalo hari sabtu gini, tapi ntah ape2 je la alasan dia tu, ckap hari ni kitorang pasang dua bijik je internet. Ok, fine.

Aku ngan member aku pon bertolak gi keje jam 12.45. I repeat, 12.45 tengah hari. Thank you.



**********************************************************************************


Tengah hari, 1.45 tengah hari hingga ke 2.30 petang

Masa kitorang on the way nak pi pasang internet kat tanjung aru, aku dapat mesej dari member aku ni. Dia bagi kat aku phone number kawan aku tu yang memang dah boleh diberi pangkat "lost contact" dah.

So sebagai lelaki yang ade iPhone henpon, memang patutnye aku sms kawan lama aku tu kan? So aku pun mula la langkah aku tu dengan sms member aku tu dikala member aku yang pasang internet tu wat kerje dia sorang2. Ada sesiapa yang tak paham ngan ayat aku ni?


Nasib aku tu memang baik sebab service sama2 celcom, murah, so takda la aku kena cop kedekut kredit gitu. Boleh la kitorang gasak sms, maklumlah kawan lama kan, ape la sangat lima ringgit tu kan zarul?

"Wei Zarul, kau mau kerja ka tida ni?!" pekik member aku yang pasang internet tu.

"Ow, sorry bos"



**********************************************************************************


Petang, 3.00 petang - 5.00 petang

Biar la aku pendekkan citer dia, masa kitorang tengah pasang internet kat kepayan, aku akan menunaikan kewajipan aku sebagai nuffnangers dengan mengeklik iklan2 aku dan kawan2 aku melalui desktop customer. Jujurnya memang agak fraud, tapi fun jugak. At least blog aku and wonderpets kawan2 aku tu otomatiknye tersave kat adress bar customer tu. Hehe. :p


Hari ni aku pulang jam 5.30. Dalam time2 camtu, sempat lagi aku berfesbuk jap sebelum gi wat kewajipan aku. Punya la kili. Beristighfar la kau zarul2.



**********************************************************************************


Malam, 7.00 malam hingga sekarang (2.00 pagi)


Perut aku dah memulas, bukan tanda nak melabur, tapi nak gi carik makan. Usha peti ais, ade maggi ngan telur sebijik. Nak tak nak, aku masak je la sebungkus untuk aku sorang. Agak bodoh sebab makan maggi pun nak tulis dalam blog.

Pukul 8.30 gitu, adik aku ngan bapak aku balik, siap ada bawak baju Era lagi. Aku heran gak la, banyak duit beli baju segala2 tu. Sekali tengok dorang cakap dorang terserempak ngan Skuad Era.

Aku pun dah datang jakun time tu, so aku tanya la, camna korang leh dapat baju keychain segala tu? Adik laki aku tu cakap la yang dia dapat baju tu sebab penyampai radio era *tak kenal la sape* tu suroh dia nyanyi lagu Hanyut, Faizal Tahir tu. Aku memang da tersedak2 ketawa da, bayangkan la muke adik aku tu tarik muke serius macam FT pastu bersuara cikit lagi nak serupe ngan gorila,haha! Tu pon leh dapat baju gak? Tu belum aku lagi, Ahaks! :p


*Aku jelez sebenarnye time kutuk adik aku tu, haha!

Then aku pun teruskan la menjamu selera babi aku tu dengan menghabiskan semangkuk maggi yang dah dimasak sebentar tadi. Kemudian aku pun pekene la tv, tengok sebarang dua citer aksi tv2 yang tak seberapa tu.

Citer sume memang biol, buang masa, buang tenaga. Perut aku pon tetibe mintak kene isi lagi. Pulak dah. Aku try la mengade2 gosok gigi aku ni dengan harapan sensory organ aku kat bibir ni akan merasa kenyang ngan kepedasan ubat gigi tu. Lain jugak bunyi dia ni kan.

Alang2 aku dah kat tandas tu, aku pun ingat la nak cuci muka aku ni ngan pencuci muke. Then entah macam mana laa, aku tak sedar yang aku dah picit syampoo rambut aku kat tapak tangan aku, pastu aku pi lumur kat muka aku.

tu pun takleh beza.



 HAHAHA! Gila pedas mata aku tu tak leh terjawab doh, ntah ape la yang aku mengelamun sangat sampai takleh bezakan mana shampoo rambut ngan pencuci muka. Bodo.


Haa sebab tu laa aku yang takde idea nak wat apa ni tetibe je gatal tangan nak menulis, sebab mata still bengkak2 cikit, takleh tidor. Ok lah, aku nak tidur dulu. Mata and perut pun dah serba serbi ok dah.


*Mata bengkak, boleh pula kau ngadap laptop ehh?

Soundtrack : More Than Alive by The Ready Set.

Wednesday, January 26, 2011

Peristiwa.

Bapak aku pernah cakap ;



Yup, tu bukan aku.


Bile aku pikir2, kekadang bila aku wat baik kat sumbody, kekadang dapat gak balik balasan yang tak terjangka. Paling kurang pun dalam bentuk makanan, duit, token K-box dan macam2 lagi.

Siap dah pendahuluan.


**********************************************************************************


Ok, pendekkan citer, hari ni aku ngan member aku pegi Hospital Likas, takde sape2 pun di antara kami yang sakit, cuma nak pasang wi-fi kat kantin hospital je. Mula2 tu, nak carik tempat letak keta pun satu hal yang annoying, nak dekat 15 minit baru dapat.


Hiasan.



Dah tu, technician hospital tu pulak lambat sampai, 15 minit gitu baru dia sampai. Traffic jam kalau orang Melayu cakap. Adei, aku usha kenderaan technician tu, motor je pun dia pakai. Kejadah ape nak traffic jam? Tak kan la motor dia tu ade empat tayar gak, sampai tak leh nak cilok2.


gurauan semate-mate



Anggaran Masa Terbuang : 30 Minit.



**********************************************************************************



Ok, barang dah set, tinggal nak bukak tu public phone, nak connect wayar dia ngan modem. Keja aku kali ni melibatkan connection PPPoA, iaitu using open connection such as public phone. Or am I wrong? Please inform me ok. Aku memang first time wat keje ni, apatah lagi member aku tu, memang duduk diam je la.

Masa aku tengah boring tengok technician tu dok assemble wayar dia, aku pun jalan2 la kat hospital tu. Then aku disapa oleh sorang pompuan ni. Bila aku usha betul2, jurujual rupenye. Dia jual kat aku cakera padat *CD kalau korang tak tau* nasyid, RM10 satu, harga asal RM19.90. Berikut Adalah conversation aku dengan beliau :

Jurujual : Assalamualaikum adik. Adik berminat tak nak beli CD nasyid ni?

Aku : Waalaikumsalam. Err... *Blur, laju sangat dia cakap*

Jurujual : Harga asal CD ni RM19.90, hari ni akak jual kat adik RM10 je.

Aku : Err.... *dalam hati aku marah da. Ooo panggil aku adik ya? Sape yang tinggi ni skg?*

Jurujual : CD nasyid ni ade lagu dari kumpulan UNIC. Adik penah dengar tak?

Kemudian dia pun ade nyanyi beberapa patah lirik lagu kumpulan tu. Aku memang da nak ketawa da time tu. Tahan je.

Aku : Alaa sori la kak, saye ni takde bawak banyak duit sangat, lagipun saye tengah keje ni. *slang semenanjung terkeluar sendiri*

Jurujual : Takpe lah kalau camtu, akak mintak diri dulu ye.

Aku : Ok. Bye kak. I Labiu Muahhs

Kalau ikutkan hati dan limpa, memang aku beli, tapi dah aku pun takde duit sangat, nak wat camne. At least dapat gak aku bersembang ngan aweks. Haha! Tapi sepanjang aku dok kat situ, aku usha jurujual tu dia tak henti2 bercakap ngan pelawat2 kat situ sambil membuat promosi pasal CD tu. Kuat kerje tol, kalah aku. Dalam hati aku pun timbul gak rase kesian sebab tak beli CD tu kat dia.

Ok, Sambung kerja.

Anggaran Masa Terbuang : 35 Minit.



**********************************************************************************



Masa aku bukak laptop kat sane, tetibe datang lak satu makcik ni. Dia cakap laa kat member aku tu yang dia nak pakai public phone tu. Tapi kitorang tengah dok pakai tu public phone, then nasib baik la technician hospital tu cakap yang kat dalam hospital tu ade melambak lagi public phone. So aku pun offerkan diri aku untuk antar makcik tu gi masuk dalam hospital tu.

Time tu aku tanye la makcik tu, nak call sape. Dia cakap kawan dia dah tinggalkan dia kat situ masa dorang tengah melawat kawan dorang. Aku pun kecian gak la ama makcik tu. Then aku cakap laa yang makcik ada number kawan makcik tu ke, then dia bagi tu number kat aku sambil bagi sekeping 50sen besaq dan 5 keping seposen untuk wat call kat public phone.

Masa dia tengah buat call tu, dia masukkan laa 50 sen, pastu dia pun berconversation laa ngan member dia tu. Aku pon pasang la gak antenna aku nak dengar cikit2.


Teeet, aku dengar bunyik dari public phone tu ; kredit tinggal seposen, so aku pun masukkan la lima2 keping seposen yang makcik tu bagi. Sekali tengok, lima2 keping seposen tu tak lut. Gampang dah. aku pun keluarkan laa 20 sen besar dari dompet aku. Then bile makcik tu dah abis berbual. Dia tanya aku :

Makcik : Nak, kau tau ka di mana tempat tunggu bas kat sini?

Aku : Sori la makcik, saya pun tak tau. Lagipun ni first time datang gi hospital ni. Belum biase lagi. Ape kate makcik try tanye pak guard kat depan tu. Kot-kot dia tau. *Sambil jari kiut aku menunding ke arah sekor pak guard yang tengah dok ralit tidur*

Makcik : Kalau macam tu tidak apa lah nak. nah ambik ni. *Then makcik tu bagi kat aku sekeping RM5*

Masa tu memang dah datang setan aku nak ambik tu duit. Tapi aku teringat balik conversation makcik tu ngan member dia yang dia cakap dia tdah takde duit dah. So aku tolak balik offer tu. Sebab mase dia tengah nak bagi RM5 kat aku tu, aku nampak kat tangan dia tu ada RM3 je lagi.

Aku : Takpe lah makcik, saye tak mau duit tu. Saye tolong ikhlas ni. *sambil bagi balik duit tu*

Makcik : Takpa lah, terima kasih ya nak.


Ok, sambung kerja lagi.



Anggaran Masa Terbuang : 45 Minit.



**********************************************************************************



Then aku pun chow untuk sambung balik keje aku tu. Tetibe datang lak satu hal ; Tak jumper lagi, alamatnya tak siap lah kerje kitorang tu. Haiisssh mau tak mau terpaksa la kitorang return job.

Tujuan aku citer bende ni bukannye sebab aku nak tunjuk kat korang yang aku ni riak berbuat baik kat orang tua, cuma aku nak korang jadikan citer aku ni sebagai teladan yang boleh dicontohi dan diikuti. Lagipun serius suma ni berlaku secara spontan. Aku tak upah pun mana2 jurujual atau makcik dalam pembikinan entri ni.





Sekian.




p/s : Anggaran Masa Terbuang : Satu Jam. Credit to photoscape.

Saturday, January 22, 2011

Suwey berkutar jadik ceria

Masa aku dok tengah taip entry ni, hati aku tgh berdup-dap gila nih.
Mintak diri untuk muhasabah diri jap.

Ok, hari Ahad camni, aku kena kerja gak. Pegi repair sebijik cyber kat area Briged Sabah nih. Mula2 aku rase cam cilake pun ade gak. Nak masuk sana pun nak kene bagi IC untuk dapat pas pelawat. Maklum lah rumah orang polis ni kan.

Kalo diikutkan, sepatutnye aku diwajibkan untuk duduk kat rumah sambil menikmati hari2 indah bersama fesbuk. Tapi apakan daya, awal2 pagi lagi aku dah kene pegi CP. Wadehal? Nak pegi antar adik aku pegi training boling laa ape lagi. Projek dah kondem, so memang aku anggap ni adalah hari2 suwey aku yang terpaksa aku hadapi ngan tenang.

Dalam jam 1 tengah hari, aku dah rehat2, solat sume, then off to hell work. Nasib la adik laki aku ni tumpang sekaki join, kalau tak memang aku boring.

Ok, sekarang ni lah kisah sebenarnye. Sebelum tu, meh pasang lagu JB jap, jangan mara dong.








Masa aku dah arrive kat tempat kerja aku nih, target aku cuma satu je ; wat kerje secara fast and furious dan blah! Mase aku dah masuk kat pintu depan nih, aku terjumpe la ngn member aku, satu sekolah. Dia ni pon rupa2 nya tengah dok tunggu gak cyber ni kena repair oleh bapak aku ngan aku.

Alih2 kitorang tengah bersembang tu. Aku pun wat laa keputusan untuk online (sekarang ni laa) . Bukak fesbuk jap, tengok income nuffnang aku and men poker jap. Ok, masa aku tengah dok ralit men game tu, tetibe adik aku poke aku, dia suroh aku usha kat sebelah aku nih. MasyaAllah, Hati guwa tetibe berdup-dap sampai tahap 40 Tera beat per second kalo ahli fizik cakap. Rupa2nya bintang hati guwa ada kat sebelah laa.

Aduh, Apa aku nak wat ni? Korang rasa ape yang paling terbaik untuk aku wat sekarang ni ekk? Nak tegor ke atau wat endah tak endah? Ok lah, aku rasa sampai sini ja aku nak taip2. Dia pun dok selang satu komputer kat sebelah kanan aku ni. mak aiih, semakin aku nak off, semakin nak pecah lak hati guwa ni. Cilake.

Ok, itu suma perkara yang berlaku mase pukul 3.00 petang.

Masa tu, aku tengah main game, sambil2 tu tengah dok pikir ape yang patut aku wat. Aku usha dy, dy pun tengah dok ralit dengar lagu. Tengok gaya dy, mcm dah ade henpon. So terpikir gak aku nak mintak numb fon dy. Tapi otomatik terkensel sebab aku tak berani.

Last2, dy pun berdiri, bersembang2 ngan abang dy. Aku pun usha2 laa conversation dorang tu. Then baru aku tau yang dy da nak balek daa. So mase dy dah nak blah tu, aku tengok je dy, sebab aku tau kan yang dy xkan toleh belakang daa. Sekali mulut aku ni tak masin lak, dy toleh belakang, then eyes to eyes, heart to heart *tak sure* , dy pun lempar sebijik senyuman kat guwa.

End.

p/s : Sila maki aku dalam komen.

Wednesday, January 19, 2011

Silly ol' Google tricks

Mende ni aku dapat dari internet. Saje aku nak share kat korg. Ok korg wat je ape yang aku suruh ni ok. Ni namanye Google search tricks.

Ok, mula2 korang pegi google.com, pastu try taip soalan ni Then tulis kat "I'm Feeling Lucky"

Tulisan aku lagi smart daripada kat atas ni.




Google Loco

Epic Google

Weenie Google

Annoying Google

Google PacMan


Tengok lah ape result dia bagi kat korang. Lastly, korang try yang ni pulak :




Find Chuck Norris


Cheers!

p/s : Yang Google Magic tu, korg click dekat background putih tu kalau nak tengok magisnya.

Tuesday, January 18, 2011

Who's the Cutie?!?

Emm, Hari ni aku macam biase je, takde ape2 yang best. Gaji tak masuk lagi, cek duit aku pulak ada spring 40 inci mase pegi bank. Haram.
Sebab aku pun dah macam jeruk mangge dah kat bilik aku ni, tangan pun dah gatal sangat nak menaip ni, so aku nak wat cikit entry laa. Bukan topik hot sgt pun, cume cikit punya ulasan laa pasal topig post daripada sorang member aku ni. Ermm, bunyik entry pun macam agak terserlah kemekongan si authornye tu, so aku dengan rasa tak malunya ingin mengupas mengulas cikit pasal entry nie. Tapi pasal Cute dan Cantik je. Ok let's get it started bak kata B.E.P. !





**********************************************************************************


"Apa tu? Tak penah dengar laa"

Hotak ko.

Ok, kalau korang dah baca post beliau tu, dia ade cakap; Most member2 lelaki dia akan pilih Cute daripada Cantik. Emm, biase lah tu kan kalau laki2 ni. Sape tak kenal makhluk cilake ni, always mencuci mata bha, aku pun slalu gitu tak, tak tipu. Sbb tu la lelaki akan vote "Cute", sbb dpat cuci mata.

Kalau bab Cantik, bagi lelaki mcm aku, hat yg tu bukan takat cuci mata, ngn hati2 buruk skali boleh dicuci. Kah3!

Tapi kan, kalau bab2 yg Cantik atau Cute tu, aku tak tau laa ape bezenye. What the hal?! Sama meh? Aku tak tau, jgn korang nak maki2 aku lak.
Tapi yang pasal warna mata, rambut, kulit tu korang jangan laa tanye aku. Aku ni bukannye doktor pun.


**********************************************************************************



Anyway, aku nak tanye korang laa, korang rase korg tergolong dalam bahagian yg mane? Cute atau Cantik?
Ha?! Tak tahu? Kalau tak tahu, korg try taip soalan ni kat www.Google.com :

                                Who is the cutest?

Then, korang klik "I'm Feeling Lucky". Haa, amacam? cuba pegang2 hidung korg tu. Agak2 berape inci dah kembang tu ye? Hehe. Ok. Chow!


note : [klik kalau nak bace post member aku tu]


p/s: aku suker pompuan yang ade tige ciri nie ; bertudung, berspek mata ngan kulit puteh. Berat gak taste aku nie kn... :p

Monday, January 17, 2011

Pros and Cons kat tempat keja aku.

Biase la kn kalo budak baru abih SPM, ape lg yg dorg nak wat spanjang cuti sekolah dorg melainkn carik keje. Aku ade gak tanye2 ngn member2 aku,

"ohoy ape ko wat skg? Tanam anggur ke?"

Biase lah tu, bahase geng2. Mostly aku dgr dorg ni keje kat area2 pekan, kat Servay laa paling byk.

What the * Censored* ?


Gmbar tu cume hiasan je, jgn korg marah2. Aku kalo aku datang pi servay ni, satu je matlamat aku; Aku nak jumpe member2 aku, sambil2 tu boleh la aku wat complain kat supervisor dorg yg member aku ni tgh curik tulang, haha! Baru la namanya kawan.

Ok, dari tadi asyik keje kwan aku je, skg aku citer pasal keje aku lak. Keje aku mase cuti2 ni, aku tolong bapak aku je, jadi unauthorised streamyx installer. Panjang benor nama keje, tapi keje dy, rilek, simple, enjoy, tak kuar peluh lngsung. Keje dy tak la susah sangat, kitorang just kasi activate akaun customer kite tu je, supaya dy boleh melayari laman web ngn hati yg senang. Kalo korg lom ade streamyx lg, jgn segan silu nak kontek aku, hakhak.

Skg, aku citer tentang pros and cons pasal keje aku ni lak :

The Pros.




1. Pakaian? Bebas!

Ulasan : Biarpun korg akan cakap uniform melambangkan kedisiplinan dan etika seseorang pekerje, tapi etika ape jadahnye kalau belum lg korg nak keje tetibe nak kene bayar utk baju lak?Member aku si Rasmin penah kene gak mende ni, sbb tu la dy keje 1 hari je pastu besok da berenti. 
Tak ke riba namanya tu? Tengok mcm keje aku, kalau baju aku pekena t-shirt je, seluar jeans, pastu pakai selipar crocs je beb. Ni baru laa namenye etika. Senang dan mudah, tulang pun ringan.



2. Tempat keja? Mcm2 ade.

Ulasan : Salah satu sebab kenape pekerja sektor kerajaan atau pun swasta berenti keje ialah keadaan tempat keja yg terlalu membosankan bagi dua bijik mata dorg. Kalo bab hari2 buat keje yg same stiap hari tu leh tahan lg, tapi kalau da tempat keje dy tu mcm pasar ikan, bising tak menentu, tak ke tension si pekerja tu. Sbb tu la kalo aku, keje aku ni mmg syok cikit, sbb aku leh pegi mcm2 jenis rumah customer, dari tua hingga ke muda, dari Melayu hingga ke Cina, mcm2 ade. Tapi kekadang tu aku tak selesa gak laa ngn aroma rumah dorg tu, rasa mcm dalam kandang babi pun ade.




3. Waktu bekerja? Tak tetap men.


Ulasan : Ni syok cikit kalo aku. Keje ngn bapak aku tu da la dalam 4-5 jam sehari, slalu kitorg off pi keje jam 11. Tak ke syok gitu. Tapi ape2 pun aku mmg tabik la ngn korg yg sanggup oti sana oti sni smpai patah bijik pinggul korg tu smate2 nak carik duit lebih. Tapi keje aku ni simple je, so aku kasik pros la kalo bab2 waktu keje ni.




4. Makan minum? Ditanggung beb.

Ulasan : Even korg akan ckap "alaa zarul, kat tempat keje aku pun mkan kene tanggung bha, apa mau kecoh2" , tapi aku bagi korg tips yg berguna laa ye. Cube korg tulis hari keje korg tu dalam buku, mcm rm30 sehari. Then korg keje slama due minggu (kecuali ahad) , dapat around rm360 kn. Tapi kalo korg kire2 ngn mata lebih sepet cikit, sah mmg ade terkurg duit gaji korg tu. Sbb tu la kalo kitorg keje ngn bapak sendiri, makan minum tak payah laa nak risau2. Silap2 lunch hour kene bawak gi key ef si lagi.




**********************************************************************************


Oke, skg aku pegi part2 yg aku tak suka lak pasal keje aku ni :

The Cons.


1. Costumer?! Mcm Cilake.

Kekadang tu, kalau aku pegi umah customer yg pasang internet. Mula la dorg nak tunjuk belang dorg dalam bab2 networking nih. Mahai, aku tau la dorg tu ada pngkat Ir da, tapi biaq la kitorang wat keje kitorang. Ni nak komplen sana sini. Adoi! Tapi aku tak nafikan laa yg mostly tuan rumah suma dorg baik hati.
Kekadang dpat minum free.


2. Gaji? Ermm.


Alamak, aku rasa yg ni mmg mmg aku cikit hati tu tak puas. Penindasan. Biasa lah tu, zaman moden kn. Kalau ditindas oleh bos ni mmg kena sabar byk la. Kalau tak terpaksa jadi pekebun anggur nanti. Memandangkan keja jadik penternak anggur tu semakin laris sehingga takda jawatan kosong utk aku, so di sini lah periuk nasik aku. Wahh ayat power mcm org da kawin ohh!


3. Telinga sentiasa bersih dengan makian.

Biase laa tu bila kena maki2 kn. Telinga tu mesti kene kebas cikit, baru laa keje tahan lama. Tak mcm sesetengah member aku tu, baru kena maki sikit, da pi tukar keje. Bangang betul. Dah tau dorg eskep keja *jgn terasa beb*, mana tak dapat maki? Kalau aku pun bagi punya. Tu yg aku dengar2 laa dari citer member2 aku. Tapi maki ini sangat bagus untuk pengalaman keja. Kata orang tua tuli.

4. Dogs. Arrrghhh!

Part paling aku tak suka lah bila pi rumah org bukan islam. Rumah dorg ada itu dogs. You read that? Kalau kiut tu takpa laa jugak, ni menyalak mcm aku ni perompak. Cilako, kadang2 aku terpaksa letak kasut aku kat rak tinggi2 supaya tak kene jilat lak kasut aku tu oleh dogs. Tak pasal2 nak samak. =.="
Kekadang tu ada yg menggigit. Ada satu hari tu satu hari kecut kaki aku ni gara2 dogs maw gigit aku. Kalau dia bite aku, I swear I will see them in court. Kalau mampu.


******************************************************************************

Dan skg ni, aku ada member baru yg still FNG dalam bidang networking ni. Nanti la aku citer pengalaman aku kerja ngan member aku ni. *tak tahan dah nak ketawa* =.="

Sekian yo!

Monday, January 10, 2011

What if.

Aku bangun mcm biase je hari ni, usha jam dah kol 9 gitu. Then mandi bersiap sume dalam stengah jam, lastly off to work. Hari ni keje mmg banyak suwey. Sume tmpat aku pasang internet tergantung, ade yg terputus cable la, tak jumper laa. Haissh, jibai tol. Nasib laa ada dpt gak ciput income time keje tu.


**********************************************************************************


Mase aku duduk kat dalam kereta Myvi kapuk bapak aku tu, aku dengaq2 radio, nak lepas tension. Then aku pon "terdengaq" la lagu omputeh sorg ni. Sora sedap, vocal tahap market, tajok lagu pon da ngam ngn jiwa aku. So pas balik keje tu, aku mandi sume, pastu bukak laa yutube, nak cari lirik lagu ni. Lagu ni mmg terbaek laa utk budak2 loser yg xdpat nak tekel owg yg dy minat kat skolah ke, kampus ke, ape ke. Even aku pon kena gak ngn batang hidong sendiri kalo dengaq lagu ni.


*klik kalau nak tangkap feeling lebih cikit.








Tapi post aku kali ni bukan aku nak citer pasal kegagalan cintan2, tu topik farking olskull laa. Sila carik blog lain kalo nak cari tips2 cintan2 tu ya. Tapi aku try nak ubah persepsi lagu ni drpd cintan-cintun ke benda yg lebih meluas. Alih2 tu, timbul byk persoalan kat dlam kepale hotak aku ni. Terlalu banyak. Memang betul kite tak boleh nak "write our own future, but what if *soalan yg bermain2 di otak aku* happens?" Cube kalau aku pikir balek laa :



What if I was a genius?



Mungkin aku akan dapat mengubah nasib keluarga aku, jadi lebih disegani, mcm2 lg, tapi otak aku kekadang leh penuh gak memory disc dy, so just terima je laa ye Encik Zarul.





What if I had a rich family?


Image dy ni mcm cilaka.


Yg ni mmg selalu terngiang2 kat otak aku, sama ada perkara positif yg byk ataupun negatif. Maybe kalo aku ni banyak duit, aku akan jadi mat rempit ke, low morality ke. I dunno. Maybe keluarga aku akn jadik porak peranda kut.




What if I don't have asthma?






Yg ni mungkin akn lebih membawa kpd perkara yg lebih positif dari negatif. Ye laa, kalo aku ni tak berpenyakit, mmg aku leh tolong bapak aku full time, aktif dalam sukan, boleh jadi ahli bina badan, mcm2 lg. Ni tak, sikit punya keja pun aku da nak mampus. =.="





What if I was taller than my brother?


Yg ni soalan bodoh. Tapi kalau aku pikir2, maybe aku takkan berasa rendah diri, adik aku tu akn lebih respect aku, lebih kurg gitu laa. Tapi apakan daya, gene aku ni mmg ikut mak kn.



What if my family and I live in Selangor?


Hmmm, yg ni mmg tak tersangkal kat otak aku nak pikir ape. Lagipun kelumpo tu aku buknnye hafal sgt pon area dy. Tapi aku pikir2, kalo aku skolah kat sne, mmg aku takkan jadi mcm skg ni. Ntah2 gengster pon leh jadi gak. Tapi kalo yg positifnya, aku mmg jadi lebih terer lg dalam bab2 boling. Lmao.


**********************************************************************************


Sebenarnye banyak lg "What if" yg aku nak letak, tapi aku tak nak la wat blog aku ni mcm diari publik lak, sengaje nak carik publisiti murahan. No! No! No!
So, kalau korg lak cmne? Penah tak korg terpikir bende yg korg tak penah tercapai pun akal lembu korg tu nak pikir? Hehe.

Saturday, January 1, 2011

Sejarah aku ngan friendster

Aku nak test korg dulu laa. Sapa yg baca blog aku nih, mesti korg ada social network kn? Tak perlu tipu, aku pun ade, kalau takda, mmg xkan terwujud blog nih.


Orite, bila aku bukak topik pasal social network, first2 skali aku wat kat friendster . kalau nak cakap pasal friendster ni, emm jap, aku kasi simplify je la jadi "fs", nmpak poyo bila tulis panjang2. Ok, fs ni kalo ikut2kn mmg ade gak zaman kegemilangannye. Aha, kalau ade zaman kegemilangan, mesti ade zaman kemerosotan kn? Mcm zaman2 sejarah yg korg2 belaja tu jg. Meh aku bukak citer time zaman aku memule wat fs.


Always smile, bebeh. Thanks to Google.



September 2007:

Bermula sat ni laa aku secara otomatiknye da jadi bdak fs. Bile aku nak add2 org time ni, rase kekok gak, tapi yg aku xleh lupe bile sume gambar yg aku posing2 macho tu aku kasi uplod on the spot gak. Memang terpampang kebodohan aku mase tu. Lagi satu, mase aku nak tulis kat "About Me" tu. Pecaye atau x, aku pi tulis full biodata aku dari warna mata aku sampai warna baju dalam kegemaran aku. Cilakak. =-="

Januari 2008:

Oke, mase aku aku baru masok form 3. Amik PMR, tapi mcm besa, kat aku mmg da mind-set sejak dari azali lagi ngn kata2 berikut

"Apa barang study awal2, so early lagi bha maw struggle, enjoy2 lu! Yihaa".

Agak2 aku, mmg suma budak2 wat mind-set cmtu kn. Da tunggu last2 minute baru nak struggle. Atau maybe perasan aku je kot. Korg rase?

Oh sori2, tercampak jauh da topik kita tadi. Ok, masa bulan ni, aku mmg ketagih ngn fs, xleh nak kata knape aku leh tertagih. Alih2 tu, ramai member2 sekelas aku ade fs gak, so apa lg, mmg aku mintak laa emel dorg serta password.

Februari - September 2008:

Ok, aku simplify ngn mudah la ek. Time2 cmni, banyak bende tak berfaedah yg aku da wat ngn kengkawan aku. Nak tau?


****************************************************


1. Lawan ngn member, sape paling banyak friends.

Ini kalo korg tengok topik dy pon, mmg korg leh agak la kn cmne rules dy. Sape yg paling byk kawan, dy menang. Haha! Tersangat laa kebodohan kami terkeluar time tu. Demi nak sangat title "champion of the month" , aku pon dengan rasa tak malunya aku meng-add2 orang yg aku mmg haram tak kenal. Termasuk lah omputeh dan yg serantau dengannye.

2. Lawan ngn member lagi, sape punye comment paling banyak.

Yang ni lagi la mcm cibai. Lagi senang rules dy, tak perlu diulas lg. Yang ni aku mmg slalu menang sbb otak genius mcm aku ni mmg banyak taktik kotor pon hehehe.

i) Aku komen kat org

"hye!".

Then dorg pon balas

"Hye".

Tadaa, da dpt 1 komen kn? Pandainye, mcm lembu.

ii) Aku buat banyak login id fs dengan bermacam2 identiti, then aku komen banyak2. Dalam 20 komen satu login id utk sehari. Kalau ade 20 login id, darab ngan 20 komen, darab 30 hari, aku pun dapat laa 12000 komen. Such a brilliant setan boy la U ni Zarul, haha!


3. Lawan ngn member, group sape yg paling banyak ahli.

Fuh, lawak tol mende ni bila aku ingat balek. Rasa mcm nak hentak2 kepale kat dinding batu pun ade. Ok, Mula2, aku wat nama group aku ni "Anti-Couple Sdn.Bhd" . Sila bukak link ni kalau nak tengok group aku tu *Emm pastikan korang da login dulu baru leh tengok group aku tu.*.

Memandangkan aku ni ade banyak pengaruh, so aku ajak laa member2 aku yg bukan dari sekolah aku tu utk masuk group ni. Haha! Nama je anti-kapel, tapi 40 percent ahli aku ni tgh kapel, gerenti! Tengok gambar profile da tau, sungguh bajingan. Aku tak ya, Sori.

4. Lawan ngn member, layout sape paling lawa.

Yang ni laa fight yg paling bodo, nak tau pasal pe? Sbb ia memerlukan kepakaran untuk men-google setiap website and cari layout2 yg rasa2nya smart. Judges dy pon takda, so camna nak tau sapa menang kan? So, memang terpampang la kebodohan kitorang masing2, haha!


****************************************************


Ok, mase aku PMR, mmg aku tak sentuh langsung komputer. Then lepas da abih exam tu, aku mmg bergiat balik dalam fs, but not long until i've met with fesbuk. Haha! Next aku akan citerkn kat korg kenape aku tukar dari fs ke fesbuk.


Aha, done already! Sebonarnye post ni da lame aku kasi siap, tapi saje kasi delay sampai new year, haha!
Heppi New Year 2011! Sekian.

Nuff said. Korg da semakin tua. Aku pon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...