Saturday, January 29, 2011

Suwey berkutar jadik ceria 2.

Citer ni aku sambung dari post yang lepas , kalau sesape x bace, boleh la tumpang dulu. [link]


Ulasan Mood - Tak boleh tido
Sebab - Rumah takde mende boleh dimasak
Sebarang idea? - Takda                                              


Kili, dah takda idea pon gatal lagi tangan ko nak post2. Tu la yang terjadik kalau dah takda nak wat apa2 especially mase takleh tidor.

So aku ingat aku nak wat post ni kira macam buku diari aku je la. Nak tulis sumer bende yang dah berlaku kat aku hari ni.


Musix please!





**********************************************************************************

Pagi.

First, Aku bangun pukol 10.00. Lewat sangat doh. Lagi satu, aku tak sempat semayang suboh, memang selalu begitu kalau hari sabtu ahad. Aku ni bukannya warak sesangat, amalan aku ni tak macam korang. :p
Mau tak mau, aku mandi secebok dua 10 minit gitu, then bersiap2 jap, baru la gi qada' suboh tadi.

Abih part tu, aku pi bukak fesbuk. Sebenar-benarnya aku memang dah tanam azam kat diri aku ni yang aku dah tak mau bukak fesbuk 24/7. Tutup buku. Tapi potpet gitu, aku bukak jugak.

Dem.

Bila aku dah baca satu artikel lokal2 mase aku tengah syok menggoogle semalam, aku syak memang aku laa salah satu pengidap penyakit yang boleh dikatakan agak serius, iaitu Facebook Addiction Disorder , atau bahase melayu dia, gila talak fesbuk.
[link]


Sambung balek.

Hari ni (29hb), bos aku merangkap bapak aku tu suruh aku gi keje gak, macam biase. Selalunye aku akan wat overtime cikit kalo hari sabtu gini, tapi ntah ape2 je la alasan dia tu, ckap hari ni kitorang pasang dua bijik je internet. Ok, fine.

Aku ngan member aku pon bertolak gi keje jam 12.45. I repeat, 12.45 tengah hari. Thank you.



**********************************************************************************


Tengah hari, 1.45 tengah hari hingga ke 2.30 petang

Masa kitorang on the way nak pi pasang internet kat tanjung aru, aku dapat mesej dari member aku ni. Dia bagi kat aku phone number kawan aku tu yang memang dah boleh diberi pangkat "lost contact" dah.

So sebagai lelaki yang ade iPhone henpon, memang patutnye aku sms kawan lama aku tu kan? So aku pun mula la langkah aku tu dengan sms member aku tu dikala member aku yang pasang internet tu wat kerje dia sorang2. Ada sesiapa yang tak paham ngan ayat aku ni?


Nasib aku tu memang baik sebab service sama2 celcom, murah, so takda la aku kena cop kedekut kredit gitu. Boleh la kitorang gasak sms, maklumlah kawan lama kan, ape la sangat lima ringgit tu kan zarul?

"Wei Zarul, kau mau kerja ka tida ni?!" pekik member aku yang pasang internet tu.

"Ow, sorry bos"



**********************************************************************************


Petang, 3.00 petang - 5.00 petang

Biar la aku pendekkan citer dia, masa kitorang tengah pasang internet kat kepayan, aku akan menunaikan kewajipan aku sebagai nuffnangers dengan mengeklik iklan2 aku dan kawan2 aku melalui desktop customer. Jujurnya memang agak fraud, tapi fun jugak. At least blog aku and wonderpets kawan2 aku tu otomatiknye tersave kat adress bar customer tu. Hehe. :p


Hari ni aku pulang jam 5.30. Dalam time2 camtu, sempat lagi aku berfesbuk jap sebelum gi wat kewajipan aku. Punya la kili. Beristighfar la kau zarul2.



**********************************************************************************


Malam, 7.00 malam hingga sekarang (2.00 pagi)


Perut aku dah memulas, bukan tanda nak melabur, tapi nak gi carik makan. Usha peti ais, ade maggi ngan telur sebijik. Nak tak nak, aku masak je la sebungkus untuk aku sorang. Agak bodoh sebab makan maggi pun nak tulis dalam blog.

Pukul 8.30 gitu, adik aku ngan bapak aku balik, siap ada bawak baju Era lagi. Aku heran gak la, banyak duit beli baju segala2 tu. Sekali tengok dorang cakap dorang terserempak ngan Skuad Era.

Aku pun dah datang jakun time tu, so aku tanya la, camna korang leh dapat baju keychain segala tu? Adik laki aku tu cakap la yang dia dapat baju tu sebab penyampai radio era *tak kenal la sape* tu suroh dia nyanyi lagu Hanyut, Faizal Tahir tu. Aku memang da tersedak2 ketawa da, bayangkan la muke adik aku tu tarik muke serius macam FT pastu bersuara cikit lagi nak serupe ngan gorila,haha! Tu pon leh dapat baju gak? Tu belum aku lagi, Ahaks! :p


*Aku jelez sebenarnye time kutuk adik aku tu, haha!

Then aku pun teruskan la menjamu selera babi aku tu dengan menghabiskan semangkuk maggi yang dah dimasak sebentar tadi. Kemudian aku pun pekene la tv, tengok sebarang dua citer aksi tv2 yang tak seberapa tu.

Citer sume memang biol, buang masa, buang tenaga. Perut aku pon tetibe mintak kene isi lagi. Pulak dah. Aku try la mengade2 gosok gigi aku ni dengan harapan sensory organ aku kat bibir ni akan merasa kenyang ngan kepedasan ubat gigi tu. Lain jugak bunyi dia ni kan.

Alang2 aku dah kat tandas tu, aku pun ingat la nak cuci muka aku ni ngan pencuci muke. Then entah macam mana laa, aku tak sedar yang aku dah picit syampoo rambut aku kat tapak tangan aku, pastu aku pi lumur kat muka aku.

tu pun takleh beza.



 HAHAHA! Gila pedas mata aku tu tak leh terjawab doh, ntah ape la yang aku mengelamun sangat sampai takleh bezakan mana shampoo rambut ngan pencuci muka. Bodo.


Haa sebab tu laa aku yang takde idea nak wat apa ni tetibe je gatal tangan nak menulis, sebab mata still bengkak2 cikit, takleh tidor. Ok lah, aku nak tidur dulu. Mata and perut pun dah serba serbi ok dah.


*Mata bengkak, boleh pula kau ngadap laptop ehh?

Soundtrack : More Than Alive by The Ready Set.

2 comments:

Sophie Sinclair said...

hahhaa...lawak,, lawak !!!

RasminBasir said...

HAHAHAHA............lawak gila babi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...