Wednesday, January 26, 2011

Peristiwa.

Bapak aku pernah cakap ;



Yup, tu bukan aku.


Bile aku pikir2, kekadang bila aku wat baik kat sumbody, kekadang dapat gak balik balasan yang tak terjangka. Paling kurang pun dalam bentuk makanan, duit, token K-box dan macam2 lagi.

Siap dah pendahuluan.


**********************************************************************************


Ok, pendekkan citer, hari ni aku ngan member aku pegi Hospital Likas, takde sape2 pun di antara kami yang sakit, cuma nak pasang wi-fi kat kantin hospital je. Mula2 tu, nak carik tempat letak keta pun satu hal yang annoying, nak dekat 15 minit baru dapat.


Hiasan.



Dah tu, technician hospital tu pulak lambat sampai, 15 minit gitu baru dia sampai. Traffic jam kalau orang Melayu cakap. Adei, aku usha kenderaan technician tu, motor je pun dia pakai. Kejadah ape nak traffic jam? Tak kan la motor dia tu ade empat tayar gak, sampai tak leh nak cilok2.


gurauan semate-mate



Anggaran Masa Terbuang : 30 Minit.



**********************************************************************************



Ok, barang dah set, tinggal nak bukak tu public phone, nak connect wayar dia ngan modem. Keja aku kali ni melibatkan connection PPPoA, iaitu using open connection such as public phone. Or am I wrong? Please inform me ok. Aku memang first time wat keje ni, apatah lagi member aku tu, memang duduk diam je la.

Masa aku tengah boring tengok technician tu dok assemble wayar dia, aku pun jalan2 la kat hospital tu. Then aku disapa oleh sorang pompuan ni. Bila aku usha betul2, jurujual rupenye. Dia jual kat aku cakera padat *CD kalau korang tak tau* nasyid, RM10 satu, harga asal RM19.90. Berikut Adalah conversation aku dengan beliau :

Jurujual : Assalamualaikum adik. Adik berminat tak nak beli CD nasyid ni?

Aku : Waalaikumsalam. Err... *Blur, laju sangat dia cakap*

Jurujual : Harga asal CD ni RM19.90, hari ni akak jual kat adik RM10 je.

Aku : Err.... *dalam hati aku marah da. Ooo panggil aku adik ya? Sape yang tinggi ni skg?*

Jurujual : CD nasyid ni ade lagu dari kumpulan UNIC. Adik penah dengar tak?

Kemudian dia pun ade nyanyi beberapa patah lirik lagu kumpulan tu. Aku memang da nak ketawa da time tu. Tahan je.

Aku : Alaa sori la kak, saye ni takde bawak banyak duit sangat, lagipun saye tengah keje ni. *slang semenanjung terkeluar sendiri*

Jurujual : Takpe lah kalau camtu, akak mintak diri dulu ye.

Aku : Ok. Bye kak. I Labiu Muahhs

Kalau ikutkan hati dan limpa, memang aku beli, tapi dah aku pun takde duit sangat, nak wat camne. At least dapat gak aku bersembang ngan aweks. Haha! Tapi sepanjang aku dok kat situ, aku usha jurujual tu dia tak henti2 bercakap ngan pelawat2 kat situ sambil membuat promosi pasal CD tu. Kuat kerje tol, kalah aku. Dalam hati aku pun timbul gak rase kesian sebab tak beli CD tu kat dia.

Ok, Sambung kerja.

Anggaran Masa Terbuang : 35 Minit.



**********************************************************************************



Masa aku bukak laptop kat sane, tetibe datang lak satu makcik ni. Dia cakap laa kat member aku tu yang dia nak pakai public phone tu. Tapi kitorang tengah dok pakai tu public phone, then nasib baik la technician hospital tu cakap yang kat dalam hospital tu ade melambak lagi public phone. So aku pun offerkan diri aku untuk antar makcik tu gi masuk dalam hospital tu.

Time tu aku tanye la makcik tu, nak call sape. Dia cakap kawan dia dah tinggalkan dia kat situ masa dorang tengah melawat kawan dorang. Aku pun kecian gak la ama makcik tu. Then aku cakap laa yang makcik ada number kawan makcik tu ke, then dia bagi tu number kat aku sambil bagi sekeping 50sen besaq dan 5 keping seposen untuk wat call kat public phone.

Masa dia tengah buat call tu, dia masukkan laa 50 sen, pastu dia pun berconversation laa ngan member dia tu. Aku pon pasang la gak antenna aku nak dengar cikit2.


Teeet, aku dengar bunyik dari public phone tu ; kredit tinggal seposen, so aku pun masukkan la lima2 keping seposen yang makcik tu bagi. Sekali tengok, lima2 keping seposen tu tak lut. Gampang dah. aku pun keluarkan laa 20 sen besar dari dompet aku. Then bile makcik tu dah abis berbual. Dia tanya aku :

Makcik : Nak, kau tau ka di mana tempat tunggu bas kat sini?

Aku : Sori la makcik, saya pun tak tau. Lagipun ni first time datang gi hospital ni. Belum biase lagi. Ape kate makcik try tanye pak guard kat depan tu. Kot-kot dia tau. *Sambil jari kiut aku menunding ke arah sekor pak guard yang tengah dok ralit tidur*

Makcik : Kalau macam tu tidak apa lah nak. nah ambik ni. *Then makcik tu bagi kat aku sekeping RM5*

Masa tu memang dah datang setan aku nak ambik tu duit. Tapi aku teringat balik conversation makcik tu ngan member dia yang dia cakap dia tdah takde duit dah. So aku tolak balik offer tu. Sebab mase dia tengah nak bagi RM5 kat aku tu, aku nampak kat tangan dia tu ada RM3 je lagi.

Aku : Takpe lah makcik, saye tak mau duit tu. Saye tolong ikhlas ni. *sambil bagi balik duit tu*

Makcik : Takpa lah, terima kasih ya nak.


Ok, sambung kerja lagi.



Anggaran Masa Terbuang : 45 Minit.



**********************************************************************************



Then aku pun chow untuk sambung balik keje aku tu. Tetibe datang lak satu hal ; Tak jumper lagi, alamatnya tak siap lah kerje kitorang tu. Haiisssh mau tak mau terpaksa la kitorang return job.

Tujuan aku citer bende ni bukannye sebab aku nak tunjuk kat korang yang aku ni riak berbuat baik kat orang tua, cuma aku nak korang jadikan citer aku ni sebagai teladan yang boleh dicontohi dan diikuti. Lagipun serius suma ni berlaku secara spontan. Aku tak upah pun mana2 jurujual atau makcik dalam pembikinan entri ni.





Sekian.




p/s : Anggaran Masa Terbuang : Satu Jam. Credit to photoscape.

4 comments:

Ana Fazal said...

smart laa ko zarul..anak yg solehah..haha
selama berapa tahun ak 1 skolah dgn ko ak nda prasan lak ko ne baik..hahahah

Zachary Joker said...

biasa laa. . .
aku kan insan yang penuh ngan tawaduk, iman dan amal. . Uiseh! hahaha x la biasa2 ja pon. . . nasib la aku x tdesak duit sgt time tu kalau tak mmg aku pau suda. . hakhak!

Ana Fazal said...

hahahaah sma makcik tu pun ko mau ededeh..
tp tu yg budak eh silap kakak jual cd tu pun ada p umah ak hari tu..mana laa ak ada duit tem tuh..ak kc apa yang patut seja..sian dia jalan jauh2..

Zachary Joker said...

owh...kau ok lg laaada bgi apa yg patut...aku cuma bagi ucapan "teda duit kak" jaa ama tu akak lg la sandi kn hahahahaha....xD
awal bha kakak tu jmpa aku cuba laa dia jmpa skg..satu rak aku beli tu cd hahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...