Showing posts with label time cuti cuti. Show all posts
Showing posts with label time cuti cuti. Show all posts

Monday, April 11, 2011

.....

kadang2, aku karut dalam ati....knpa aku xleh dapat stret?
orang lain boleh pulak...



WARGGGH!! ROARRR!! CURSE YEWW!!




kitai! dunia ni memang tak adil...


p/s: aku dah draftkan suma post aku pasal spm, nuff said..hati tengah gila ni..

Friday, February 4, 2011

kretif sangat ke aku ni??

Hari ni cuti. Ingatkan aku nak terperap je kat umah, memandangkan bukan selalu aku dapat cuti sejak tak sekolah ni. Bile dah tak skolah ni aku rase lagi sibuk daripada biase. Duh.

Masa aku tengah sibuk usha Oh!Tidak tu, aku terkesima untuk sebentar bila aku baca post yang pasal kekreatifan manusia yang terer gila sampai boleh membuat model motosikal menggunakan dua bijik lighter terpakai.
[link]

Orait!

Disebabkan rasa jelez yang melampau, aku pun buat keputusan untuk wat mende camtu, buatan aku sendiri. Homemade!

Ok.


**********************************************************************************


Tup-tap....


Prenng.....


Kriuk Krik....


Iklan...


**********************************************************************************





Akhirnya....

Tadaa! Siap dah akhirnya.




Ini lah hasil rekaan aku menggunakan dua bijik lighter terbuang. Good job!


Abaikan katil aku yang semak samun tu



Kemudian...


Aku tenung lama-lama kat bende ni....


Aku terjeda buat seketika.....




"Apesal la aku ni tungap sangat wat mende alah camni?"




Dem, wat malu kaum jantan je.







Aku pun sambung bermain permainan poker @ fesbuk.






*ape-ape pun, aku taknak buang bende tu. Baik buat hall of fame kat rumah aku je. I mean, Hall of SHAME!

Saturday, January 29, 2011

Suwey berkutar jadik ceria 2.

Citer ni aku sambung dari post yang lepas , kalau sesape x bace, boleh la tumpang dulu. [link]


Ulasan Mood - Tak boleh tido
Sebab - Rumah takde mende boleh dimasak
Sebarang idea? - Takda                                              


Kili, dah takda idea pon gatal lagi tangan ko nak post2. Tu la yang terjadik kalau dah takda nak wat apa2 especially mase takleh tidor.

So aku ingat aku nak wat post ni kira macam buku diari aku je la. Nak tulis sumer bende yang dah berlaku kat aku hari ni.


Musix please!





**********************************************************************************

Pagi.

First, Aku bangun pukol 10.00. Lewat sangat doh. Lagi satu, aku tak sempat semayang suboh, memang selalu begitu kalau hari sabtu ahad. Aku ni bukannya warak sesangat, amalan aku ni tak macam korang. :p
Mau tak mau, aku mandi secebok dua 10 minit gitu, then bersiap2 jap, baru la gi qada' suboh tadi.

Abih part tu, aku pi bukak fesbuk. Sebenar-benarnya aku memang dah tanam azam kat diri aku ni yang aku dah tak mau bukak fesbuk 24/7. Tutup buku. Tapi potpet gitu, aku bukak jugak.

Dem.

Bila aku dah baca satu artikel lokal2 mase aku tengah syok menggoogle semalam, aku syak memang aku laa salah satu pengidap penyakit yang boleh dikatakan agak serius, iaitu Facebook Addiction Disorder , atau bahase melayu dia, gila talak fesbuk.
[link]


Sambung balek.

Hari ni (29hb), bos aku merangkap bapak aku tu suruh aku gi keje gak, macam biase. Selalunye aku akan wat overtime cikit kalo hari sabtu gini, tapi ntah ape2 je la alasan dia tu, ckap hari ni kitorang pasang dua bijik je internet. Ok, fine.

Aku ngan member aku pon bertolak gi keje jam 12.45. I repeat, 12.45 tengah hari. Thank you.



**********************************************************************************


Tengah hari, 1.45 tengah hari hingga ke 2.30 petang

Masa kitorang on the way nak pi pasang internet kat tanjung aru, aku dapat mesej dari member aku ni. Dia bagi kat aku phone number kawan aku tu yang memang dah boleh diberi pangkat "lost contact" dah.

So sebagai lelaki yang ade iPhone henpon, memang patutnye aku sms kawan lama aku tu kan? So aku pun mula la langkah aku tu dengan sms member aku tu dikala member aku yang pasang internet tu wat kerje dia sorang2. Ada sesiapa yang tak paham ngan ayat aku ni?


Nasib aku tu memang baik sebab service sama2 celcom, murah, so takda la aku kena cop kedekut kredit gitu. Boleh la kitorang gasak sms, maklumlah kawan lama kan, ape la sangat lima ringgit tu kan zarul?

"Wei Zarul, kau mau kerja ka tida ni?!" pekik member aku yang pasang internet tu.

"Ow, sorry bos"



**********************************************************************************


Petang, 3.00 petang - 5.00 petang

Biar la aku pendekkan citer dia, masa kitorang tengah pasang internet kat kepayan, aku akan menunaikan kewajipan aku sebagai nuffnangers dengan mengeklik iklan2 aku dan kawan2 aku melalui desktop customer. Jujurnya memang agak fraud, tapi fun jugak. At least blog aku and wonderpets kawan2 aku tu otomatiknye tersave kat adress bar customer tu. Hehe. :p


Hari ni aku pulang jam 5.30. Dalam time2 camtu, sempat lagi aku berfesbuk jap sebelum gi wat kewajipan aku. Punya la kili. Beristighfar la kau zarul2.



**********************************************************************************


Malam, 7.00 malam hingga sekarang (2.00 pagi)


Perut aku dah memulas, bukan tanda nak melabur, tapi nak gi carik makan. Usha peti ais, ade maggi ngan telur sebijik. Nak tak nak, aku masak je la sebungkus untuk aku sorang. Agak bodoh sebab makan maggi pun nak tulis dalam blog.

Pukul 8.30 gitu, adik aku ngan bapak aku balik, siap ada bawak baju Era lagi. Aku heran gak la, banyak duit beli baju segala2 tu. Sekali tengok dorang cakap dorang terserempak ngan Skuad Era.

Aku pun dah datang jakun time tu, so aku tanya la, camna korang leh dapat baju keychain segala tu? Adik laki aku tu cakap la yang dia dapat baju tu sebab penyampai radio era *tak kenal la sape* tu suroh dia nyanyi lagu Hanyut, Faizal Tahir tu. Aku memang da tersedak2 ketawa da, bayangkan la muke adik aku tu tarik muke serius macam FT pastu bersuara cikit lagi nak serupe ngan gorila,haha! Tu pon leh dapat baju gak? Tu belum aku lagi, Ahaks! :p


*Aku jelez sebenarnye time kutuk adik aku tu, haha!

Then aku pun teruskan la menjamu selera babi aku tu dengan menghabiskan semangkuk maggi yang dah dimasak sebentar tadi. Kemudian aku pun pekene la tv, tengok sebarang dua citer aksi tv2 yang tak seberapa tu.

Citer sume memang biol, buang masa, buang tenaga. Perut aku pon tetibe mintak kene isi lagi. Pulak dah. Aku try la mengade2 gosok gigi aku ni dengan harapan sensory organ aku kat bibir ni akan merasa kenyang ngan kepedasan ubat gigi tu. Lain jugak bunyi dia ni kan.

Alang2 aku dah kat tandas tu, aku pun ingat la nak cuci muka aku ni ngan pencuci muke. Then entah macam mana laa, aku tak sedar yang aku dah picit syampoo rambut aku kat tapak tangan aku, pastu aku pi lumur kat muka aku.

tu pun takleh beza.



 HAHAHA! Gila pedas mata aku tu tak leh terjawab doh, ntah ape la yang aku mengelamun sangat sampai takleh bezakan mana shampoo rambut ngan pencuci muka. Bodo.


Haa sebab tu laa aku yang takde idea nak wat apa ni tetibe je gatal tangan nak menulis, sebab mata still bengkak2 cikit, takleh tidor. Ok lah, aku nak tidur dulu. Mata and perut pun dah serba serbi ok dah.


*Mata bengkak, boleh pula kau ngadap laptop ehh?

Soundtrack : More Than Alive by The Ready Set.

Wednesday, January 26, 2011

Peristiwa.

Bapak aku pernah cakap ;



Yup, tu bukan aku.


Bile aku pikir2, kekadang bila aku wat baik kat sumbody, kekadang dapat gak balik balasan yang tak terjangka. Paling kurang pun dalam bentuk makanan, duit, token K-box dan macam2 lagi.

Siap dah pendahuluan.


**********************************************************************************


Ok, pendekkan citer, hari ni aku ngan member aku pegi Hospital Likas, takde sape2 pun di antara kami yang sakit, cuma nak pasang wi-fi kat kantin hospital je. Mula2 tu, nak carik tempat letak keta pun satu hal yang annoying, nak dekat 15 minit baru dapat.


Hiasan.



Dah tu, technician hospital tu pulak lambat sampai, 15 minit gitu baru dia sampai. Traffic jam kalau orang Melayu cakap. Adei, aku usha kenderaan technician tu, motor je pun dia pakai. Kejadah ape nak traffic jam? Tak kan la motor dia tu ade empat tayar gak, sampai tak leh nak cilok2.


gurauan semate-mate



Anggaran Masa Terbuang : 30 Minit.



**********************************************************************************



Ok, barang dah set, tinggal nak bukak tu public phone, nak connect wayar dia ngan modem. Keja aku kali ni melibatkan connection PPPoA, iaitu using open connection such as public phone. Or am I wrong? Please inform me ok. Aku memang first time wat keje ni, apatah lagi member aku tu, memang duduk diam je la.

Masa aku tengah boring tengok technician tu dok assemble wayar dia, aku pun jalan2 la kat hospital tu. Then aku disapa oleh sorang pompuan ni. Bila aku usha betul2, jurujual rupenye. Dia jual kat aku cakera padat *CD kalau korang tak tau* nasyid, RM10 satu, harga asal RM19.90. Berikut Adalah conversation aku dengan beliau :

Jurujual : Assalamualaikum adik. Adik berminat tak nak beli CD nasyid ni?

Aku : Waalaikumsalam. Err... *Blur, laju sangat dia cakap*

Jurujual : Harga asal CD ni RM19.90, hari ni akak jual kat adik RM10 je.

Aku : Err.... *dalam hati aku marah da. Ooo panggil aku adik ya? Sape yang tinggi ni skg?*

Jurujual : CD nasyid ni ade lagu dari kumpulan UNIC. Adik penah dengar tak?

Kemudian dia pun ade nyanyi beberapa patah lirik lagu kumpulan tu. Aku memang da nak ketawa da time tu. Tahan je.

Aku : Alaa sori la kak, saye ni takde bawak banyak duit sangat, lagipun saye tengah keje ni. *slang semenanjung terkeluar sendiri*

Jurujual : Takpe lah kalau camtu, akak mintak diri dulu ye.

Aku : Ok. Bye kak. I Labiu Muahhs

Kalau ikutkan hati dan limpa, memang aku beli, tapi dah aku pun takde duit sangat, nak wat camne. At least dapat gak aku bersembang ngan aweks. Haha! Tapi sepanjang aku dok kat situ, aku usha jurujual tu dia tak henti2 bercakap ngan pelawat2 kat situ sambil membuat promosi pasal CD tu. Kuat kerje tol, kalah aku. Dalam hati aku pun timbul gak rase kesian sebab tak beli CD tu kat dia.

Ok, Sambung kerja.

Anggaran Masa Terbuang : 35 Minit.



**********************************************************************************



Masa aku bukak laptop kat sane, tetibe datang lak satu makcik ni. Dia cakap laa kat member aku tu yang dia nak pakai public phone tu. Tapi kitorang tengah dok pakai tu public phone, then nasib baik la technician hospital tu cakap yang kat dalam hospital tu ade melambak lagi public phone. So aku pun offerkan diri aku untuk antar makcik tu gi masuk dalam hospital tu.

Time tu aku tanye la makcik tu, nak call sape. Dia cakap kawan dia dah tinggalkan dia kat situ masa dorang tengah melawat kawan dorang. Aku pun kecian gak la ama makcik tu. Then aku cakap laa yang makcik ada number kawan makcik tu ke, then dia bagi tu number kat aku sambil bagi sekeping 50sen besaq dan 5 keping seposen untuk wat call kat public phone.

Masa dia tengah buat call tu, dia masukkan laa 50 sen, pastu dia pun berconversation laa ngan member dia tu. Aku pon pasang la gak antenna aku nak dengar cikit2.


Teeet, aku dengar bunyik dari public phone tu ; kredit tinggal seposen, so aku pun masukkan la lima2 keping seposen yang makcik tu bagi. Sekali tengok, lima2 keping seposen tu tak lut. Gampang dah. aku pun keluarkan laa 20 sen besar dari dompet aku. Then bile makcik tu dah abis berbual. Dia tanya aku :

Makcik : Nak, kau tau ka di mana tempat tunggu bas kat sini?

Aku : Sori la makcik, saya pun tak tau. Lagipun ni first time datang gi hospital ni. Belum biase lagi. Ape kate makcik try tanye pak guard kat depan tu. Kot-kot dia tau. *Sambil jari kiut aku menunding ke arah sekor pak guard yang tengah dok ralit tidur*

Makcik : Kalau macam tu tidak apa lah nak. nah ambik ni. *Then makcik tu bagi kat aku sekeping RM5*

Masa tu memang dah datang setan aku nak ambik tu duit. Tapi aku teringat balik conversation makcik tu ngan member dia yang dia cakap dia tdah takde duit dah. So aku tolak balik offer tu. Sebab mase dia tengah nak bagi RM5 kat aku tu, aku nampak kat tangan dia tu ada RM3 je lagi.

Aku : Takpe lah makcik, saye tak mau duit tu. Saye tolong ikhlas ni. *sambil bagi balik duit tu*

Makcik : Takpa lah, terima kasih ya nak.


Ok, sambung kerja lagi.



Anggaran Masa Terbuang : 45 Minit.



**********************************************************************************



Then aku pun chow untuk sambung balik keje aku tu. Tetibe datang lak satu hal ; Tak jumper lagi, alamatnya tak siap lah kerje kitorang tu. Haiisssh mau tak mau terpaksa la kitorang return job.

Tujuan aku citer bende ni bukannye sebab aku nak tunjuk kat korang yang aku ni riak berbuat baik kat orang tua, cuma aku nak korang jadikan citer aku ni sebagai teladan yang boleh dicontohi dan diikuti. Lagipun serius suma ni berlaku secara spontan. Aku tak upah pun mana2 jurujual atau makcik dalam pembikinan entri ni.





Sekian.




p/s : Anggaran Masa Terbuang : Satu Jam. Credit to photoscape.

Saturday, January 22, 2011

Suwey berkutar jadik ceria

Masa aku dok tengah taip entry ni, hati aku tgh berdup-dap gila nih.
Mintak diri untuk muhasabah diri jap.

Ok, hari Ahad camni, aku kena kerja gak. Pegi repair sebijik cyber kat area Briged Sabah nih. Mula2 aku rase cam cilake pun ade gak. Nak masuk sana pun nak kene bagi IC untuk dapat pas pelawat. Maklum lah rumah orang polis ni kan.

Kalo diikutkan, sepatutnye aku diwajibkan untuk duduk kat rumah sambil menikmati hari2 indah bersama fesbuk. Tapi apakan daya, awal2 pagi lagi aku dah kene pegi CP. Wadehal? Nak pegi antar adik aku pegi training boling laa ape lagi. Projek dah kondem, so memang aku anggap ni adalah hari2 suwey aku yang terpaksa aku hadapi ngan tenang.

Dalam jam 1 tengah hari, aku dah rehat2, solat sume, then off to hell work. Nasib la adik laki aku ni tumpang sekaki join, kalau tak memang aku boring.

Ok, sekarang ni lah kisah sebenarnye. Sebelum tu, meh pasang lagu JB jap, jangan mara dong.








Masa aku dah arrive kat tempat kerja aku nih, target aku cuma satu je ; wat kerje secara fast and furious dan blah! Mase aku dah masuk kat pintu depan nih, aku terjumpe la ngn member aku, satu sekolah. Dia ni pon rupa2 nya tengah dok tunggu gak cyber ni kena repair oleh bapak aku ngan aku.

Alih2 kitorang tengah bersembang tu. Aku pun wat laa keputusan untuk online (sekarang ni laa) . Bukak fesbuk jap, tengok income nuffnang aku and men poker jap. Ok, masa aku tengah dok ralit men game tu, tetibe adik aku poke aku, dia suroh aku usha kat sebelah aku nih. MasyaAllah, Hati guwa tetibe berdup-dap sampai tahap 40 Tera beat per second kalo ahli fizik cakap. Rupa2nya bintang hati guwa ada kat sebelah laa.

Aduh, Apa aku nak wat ni? Korang rasa ape yang paling terbaik untuk aku wat sekarang ni ekk? Nak tegor ke atau wat endah tak endah? Ok lah, aku rasa sampai sini ja aku nak taip2. Dia pun dok selang satu komputer kat sebelah kanan aku ni. mak aiih, semakin aku nak off, semakin nak pecah lak hati guwa ni. Cilake.

Ok, itu suma perkara yang berlaku mase pukul 3.00 petang.

Masa tu, aku tengah main game, sambil2 tu tengah dok pikir ape yang patut aku wat. Aku usha dy, dy pun tengah dok ralit dengar lagu. Tengok gaya dy, mcm dah ade henpon. So terpikir gak aku nak mintak numb fon dy. Tapi otomatik terkensel sebab aku tak berani.

Last2, dy pun berdiri, bersembang2 ngan abang dy. Aku pun usha2 laa conversation dorang tu. Then baru aku tau yang dy da nak balek daa. So mase dy dah nak blah tu, aku tengok je dy, sebab aku tau kan yang dy xkan toleh belakang daa. Sekali mulut aku ni tak masin lak, dy toleh belakang, then eyes to eyes, heart to heart *tak sure* , dy pun lempar sebijik senyuman kat guwa.

End.

p/s : Sila maki aku dalam komen.

Monday, January 17, 2011

Pros and Cons kat tempat keja aku.

Biase la kn kalo budak baru abih SPM, ape lg yg dorg nak wat spanjang cuti sekolah dorg melainkn carik keje. Aku ade gak tanye2 ngn member2 aku,

"ohoy ape ko wat skg? Tanam anggur ke?"

Biase lah tu, bahase geng2. Mostly aku dgr dorg ni keje kat area2 pekan, kat Servay laa paling byk.

What the * Censored* ?


Gmbar tu cume hiasan je, jgn korg marah2. Aku kalo aku datang pi servay ni, satu je matlamat aku; Aku nak jumpe member2 aku, sambil2 tu boleh la aku wat complain kat supervisor dorg yg member aku ni tgh curik tulang, haha! Baru la namanya kawan.

Ok, dari tadi asyik keje kwan aku je, skg aku citer pasal keje aku lak. Keje aku mase cuti2 ni, aku tolong bapak aku je, jadi unauthorised streamyx installer. Panjang benor nama keje, tapi keje dy, rilek, simple, enjoy, tak kuar peluh lngsung. Keje dy tak la susah sangat, kitorang just kasi activate akaun customer kite tu je, supaya dy boleh melayari laman web ngn hati yg senang. Kalo korg lom ade streamyx lg, jgn segan silu nak kontek aku, hakhak.

Skg, aku citer tentang pros and cons pasal keje aku ni lak :

The Pros.




1. Pakaian? Bebas!

Ulasan : Biarpun korg akan cakap uniform melambangkan kedisiplinan dan etika seseorang pekerje, tapi etika ape jadahnye kalau belum lg korg nak keje tetibe nak kene bayar utk baju lak?Member aku si Rasmin penah kene gak mende ni, sbb tu la dy keje 1 hari je pastu besok da berenti. 
Tak ke riba namanya tu? Tengok mcm keje aku, kalau baju aku pekena t-shirt je, seluar jeans, pastu pakai selipar crocs je beb. Ni baru laa namenye etika. Senang dan mudah, tulang pun ringan.



2. Tempat keja? Mcm2 ade.

Ulasan : Salah satu sebab kenape pekerja sektor kerajaan atau pun swasta berenti keje ialah keadaan tempat keja yg terlalu membosankan bagi dua bijik mata dorg. Kalo bab hari2 buat keje yg same stiap hari tu leh tahan lg, tapi kalau da tempat keje dy tu mcm pasar ikan, bising tak menentu, tak ke tension si pekerja tu. Sbb tu la kalo aku, keje aku ni mmg syok cikit, sbb aku leh pegi mcm2 jenis rumah customer, dari tua hingga ke muda, dari Melayu hingga ke Cina, mcm2 ade. Tapi kekadang tu aku tak selesa gak laa ngn aroma rumah dorg tu, rasa mcm dalam kandang babi pun ade.




3. Waktu bekerja? Tak tetap men.


Ulasan : Ni syok cikit kalo aku. Keje ngn bapak aku tu da la dalam 4-5 jam sehari, slalu kitorg off pi keje jam 11. Tak ke syok gitu. Tapi ape2 pun aku mmg tabik la ngn korg yg sanggup oti sana oti sni smpai patah bijik pinggul korg tu smate2 nak carik duit lebih. Tapi keje aku ni simple je, so aku kasik pros la kalo bab2 waktu keje ni.




4. Makan minum? Ditanggung beb.

Ulasan : Even korg akan ckap "alaa zarul, kat tempat keje aku pun mkan kene tanggung bha, apa mau kecoh2" , tapi aku bagi korg tips yg berguna laa ye. Cube korg tulis hari keje korg tu dalam buku, mcm rm30 sehari. Then korg keje slama due minggu (kecuali ahad) , dapat around rm360 kn. Tapi kalo korg kire2 ngn mata lebih sepet cikit, sah mmg ade terkurg duit gaji korg tu. Sbb tu la kalo kitorg keje ngn bapak sendiri, makan minum tak payah laa nak risau2. Silap2 lunch hour kene bawak gi key ef si lagi.




**********************************************************************************


Oke, skg aku pegi part2 yg aku tak suka lak pasal keje aku ni :

The Cons.


1. Costumer?! Mcm Cilake.

Kekadang tu, kalau aku pegi umah customer yg pasang internet. Mula la dorg nak tunjuk belang dorg dalam bab2 networking nih. Mahai, aku tau la dorg tu ada pngkat Ir da, tapi biaq la kitorang wat keje kitorang. Ni nak komplen sana sini. Adoi! Tapi aku tak nafikan laa yg mostly tuan rumah suma dorg baik hati.
Kekadang dpat minum free.


2. Gaji? Ermm.


Alamak, aku rasa yg ni mmg mmg aku cikit hati tu tak puas. Penindasan. Biasa lah tu, zaman moden kn. Kalau ditindas oleh bos ni mmg kena sabar byk la. Kalau tak terpaksa jadi pekebun anggur nanti. Memandangkan keja jadik penternak anggur tu semakin laris sehingga takda jawatan kosong utk aku, so di sini lah periuk nasik aku. Wahh ayat power mcm org da kawin ohh!


3. Telinga sentiasa bersih dengan makian.

Biase laa tu bila kena maki2 kn. Telinga tu mesti kene kebas cikit, baru laa keje tahan lama. Tak mcm sesetengah member aku tu, baru kena maki sikit, da pi tukar keje. Bangang betul. Dah tau dorg eskep keja *jgn terasa beb*, mana tak dapat maki? Kalau aku pun bagi punya. Tu yg aku dengar2 laa dari citer member2 aku. Tapi maki ini sangat bagus untuk pengalaman keja. Kata orang tua tuli.

4. Dogs. Arrrghhh!

Part paling aku tak suka lah bila pi rumah org bukan islam. Rumah dorg ada itu dogs. You read that? Kalau kiut tu takpa laa jugak, ni menyalak mcm aku ni perompak. Cilako, kadang2 aku terpaksa letak kasut aku kat rak tinggi2 supaya tak kene jilat lak kasut aku tu oleh dogs. Tak pasal2 nak samak. =.="
Kekadang tu ada yg menggigit. Ada satu hari tu satu hari kecut kaki aku ni gara2 dogs maw gigit aku. Kalau dia bite aku, I swear I will see them in court. Kalau mampu.


******************************************************************************

Dan skg ni, aku ada member baru yg still FNG dalam bidang networking ni. Nanti la aku citer pengalaman aku kerja ngan member aku ni. *tak tahan dah nak ketawa* =.="

Sekian yo!

Wednesday, December 15, 2010

Ari nie nak antar BUKU TEKS !!!

Ari ni aku rase da tibe masenye utk aku dgn berasa sukacitanya utk mengambalikan suma buku2 teks FORM 5 aku tuh.
Kekadang rase bangga pon menular gak dalam hati n limpa aku ni, sbb tahun ni la aku x penah menghilangkn mana2 buku teks since darjah 1 lg, hahaha, korg dipersilakan utk kutuk aku.
Ni la checklist aku utk suma buku2 teks FORM 5 tuh :

Bahasa Melayu : Konfirm.
Bahasa Inggeris : Ade.
Mathematics : Ade.
Sejarah : Ade.
Pendidikan Agama Islam : x penah bace pon, so mmg ade pnye.
Chem Text : Ade.
Chem Practical  : Ade.
Biology Text : Ade.
Bio Practical : Ade.
Phy Text : Ade.
Phy Practical : Ade.
Add Maths : Adeeeee (tension babigol gila aku ama buku nih)
Sivik : LAGI konfirm! (x penah belek pon)
PJK : Toksah tnye, the most berhabuk pnya buku ni.
Novel : Ade.
Kerusi (nama buku, bukan kerusi duduk) : Ade.

Soo, time utk aku melabur kat SPBT. Chow!

:)

Tuesday, December 14, 2010

Read it if you are in some kind of boring or something.

Sometimes, it is acceptable.


LOL!

:)

Sunday, December 12, 2010

Secrets.

Sejahtera~
So, as usual, i'm got nothing to do now laa (bosan siot).
So, let me share2 with you all, about my kronologi from childhood until im at Sweet Seventeen.

***************************************************************************

Birth until 6 : Born in a Perfect World. Mula pandai berjalan sewaktu umur 1 tahun ( the fastest among my siblings) . Every year mesti kena sambut besday,

Gambar blur, sorry ye, miss this moment!
****************************************************************************

Darjah 1: Tak pernah masuk Tadika, but direct masuk Darjah 1 kat SK Kepayan. Got 3 jahitan kat sekolah tu gara2 terhantuk kat tiang pondok masa men jadi2 . Masa exam 1 tym darjah 1, dpat nombor 3, exam akhir tahun lak dpt nombor 1 (dpt hadiah RM12 lg, me masi igt ) .

***************************************************************************


Darjah 2: Masuk p SK Contoh, time ni la aku masi kira pendiam, tapi mse aku first2 skali masuk kelas 2 Kreatif, aku masih igt lagi budak yg duduk kat sebelah aku tym 2, in fact dy masi lg 1 skolah ama aku (xleh gtaw nama, nant pikir len2 lak kome, ehe). Time ni gak la result aku merosot2 cikit  byk malas kn, hahaha)

****************************************************************************

Darjah 3 : Time ni la aku banyak kenal ama member2 kamcing aku sampai skg, termasuklah Adi, Ziemar n byk lg, coz time ni aku mmg gila2 cikit, hehehe. Result aku pon oke gak, dpt nombor 1 n 2 sbb tym ni aku kat kelas kedua *lol* .

****************************************************************************

Darjah 4 and 5 : Here we go again, perangai malu + pemalas aku datang dlam dua tahun yg sama berturut2, mmg merosot abih la, time ni pon aku gila game sgt, mcm Digimon, Pokemon, Beyblade, YoYo, n mcm2 lg la. And time Darjah 4 dulu, aku pernah menghilangkn GameBoy Colour ksayanganku. Sedih ooo, smpai aku pon kena tiaw oleh bapa aku gara2 kecuaian aku tu. :-(


****************************************************************************

Darjah 6 : Perrgh, time ni mmg aku rajin, sedangkn mse nak dekat UPSR nuu, aku kena target oleh cikgu2 aku, tapi last2, hampeh! habuk je aku dpt pau.

****************************************************************************

Form 1 : at least tym masuk kat SMK Tansau ni, dpt gak aku gathering ama member2 lama mcm dorg Adi 2. Time nih aku gila game Initial D. Dalam 2-3 org je member aku yg seiring men game nih.

****************************************************************************

Form 2 : Nothing to say! Dalam kelas Perdana tu mmg soi2 la, suma budak lelaki aja, xda ketenangan langsung aku dpt melainkan suwey! Tapi ada ka patut, aku dgr2 dorg ckap yg aku ni *kontrol2* tym form 2, cilakak betol.

****************************************************************************

Form 3,4, and 5 : Kili2, tu je la yg dpt aku gmbarkn. Sebenarnya malas suda aku mau tulis2 lg, sorry beb. And lastly, sekian.

:)

Saturday, December 11, 2010

Booring.


.
Adei time tgh boring2 cmni, x taw la ap maw wat, ada keja pon mcm xda keja, x mencabar dee, x lama g bisa tekanan sih, hahaha.
So, time2 tgh bosan cmni, tetibe terdetik lak d ati nak tengok2 gambar yg lawak, so ak pon cari laa kat Google images kn, last2 atiku tertarik lak utk menyunting gambar kat atas nuu.
Besok nak g jalan lak asenye, lama uda x gi men game (haha3x) setelah berpuasa slama berbulan, asyik dating ama buku aje, kadang2 mesti la date ama game kn, kalo x mrah lak dy nant hahaha. K la, tym utk fbook.

Sekian.

:)

Thursday, December 9, 2010




So, jgan la kamu jadi malas2, curi tulang atau yg swaktu ngannye time kerja ek, even korg ni cute atau comei mcm pelakon COMEY d atas 2. Kuajaq punya tuan kucing.

:)

Wednesday, December 8, 2010

Merdeka kah aku?

At last, my 2 years of struggleing have finally been paid off!
but all of this is just a beginning of a New chapter in my Tales.
Tetapi, adakah ini merupakan "merdeka" yang aku cari selama ini? Tidak sama sekali.
Ape2 pon, good luck kpd suma yg lambt g abis SPM 2.
Sekian.

:)

Saturday, December 4, 2010

Countdown to freedom !

2 paper ag, harap2 la impianku jadi realiti.
setakat ni Alhamdulillah suma paper aku dpt jwab, ape2 pon skg ni tinggal tawakal je.
ehe.
8 Disember nant aku igt mau swimming d padang laa. Lawak bodoh.

Sekian.

Thursday, November 25, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...